Langsung ke konten utama

Hiberfil.sys dan Pagefil.sys (Membebankan Harddisk)

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb – 1.5 Gb .
Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb – 3 Gb.
Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.
1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys
Hiberfil.sys – Untuk Hibernasi
1. Buka ‘Windows Control Panel’
2. Double-klik pada ‘Power Options’
3. Klik tab ‘Hibernate’, hilangkan tanda di kotak ‘Enable Hibernate Support’, kemudian klik ‘Apply’
4. Restart komputer anda dan hiberfil.sys akan hilang secara automatik
Pagefil.sys – Untuk Virtual Memori

Jika anda mempunyai RAM yang besar, anda boleh menghilangkan file tersebut atau kurangkan saiznya
1. Klik ‘Start’
2. Klik kanan pada ‘My Computer’
3. Klik ‘Properties’
4. Klik tab ‘Advanced’
5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
7. Tukarlah mengikut kehendak anda.
Jika anda tidak berpuas hati dengan performance komputer anda, sila ulangi langkah-langkah yg disebutkan di atas.

Nota : Jangan main delete je Hiberfil.sys dan Pagefil.sys, nanti Windows XP jadi bengong.
FAQ : Apa jadi kalau saya lupuskan kedua file di atas? – Hiberfil.sys, bagus kerana ‘Hibernate’ tidak begitu digalakkan. Lebih baik anda log off atau shut down ketika anda keluar makan tengah hari. Jimat elektrik. Pagefil.sys, komputer anda akan perlahan sedikit, tetapi anda akan berpuas hati kerana hard disk anda boleh digunakan lebih lama. (sumber :sembangkomputer.com)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

My Son

PRINTER

Latar belakang Printer adalah suatu alat untuk mencetak tulisan, dokumen, gambar, kesuatu media (seperti kertas) yang terlihat pada layar monitor, dan lain-lain yang terkandung dalam komputer termasuk data distorage. Printer termasuk peralatan keras (Hardware) peralatan output yang dinamakan peripheral. Istilah yang dikenal pada resolusi Printer disebut DPI (dot per inch). Semakin tinggi resolusinya maka akan semakin bagus cetakan yang dihasilkan. Sebaliknya jika resolusinya rendah maka hasil cetakan akan buruk atau tidak bagus. Printer dalam perkembangannya mengalami perubahan yang sangat cepat sama halnya dengan perkembangan alat output dan input device lainnya. Seperti hal yang sudah dijelaskan diatas tentang pengertian printer sebagai fungsi untuk mencetak output device yang dikeluarkan melalui process device. Perkembangan printer masih berlanjut hingga saat ini. Persaingan antar produsen printer semakin hebat dimana masing-masing produsen terus mengeluarkan inovasi dan produk t...